Tuesday, January 11, 2011

PEMBAIKAN DAN PENUKARAN PELAMPUNG SETIAP BLOK



Kerja-kerja pembaikan dan penukaran pelampung dilakukan bermula pada 11 Januari 2011 secara berperingkat untuk semua blok.


Kerja-kerja tersebut dilakukan setahun sekali.

Tuesday, January 4, 2011

PENGURUSAN TIDAK MELANTIK KONTRAKTOR SEMBURAN NYAMUK & SERANGGA


PEMBERITAHUAN

Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER :PENGURUSAN TIDAK MELANTIK KONTRAKTOR SEMBURAN NYAMUK & SERANGGA

Untuk makluman semua warga penduduk, Pihak Pengurusan tidak melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan kerja-kerja semburan ubat nyamuk (fogging) & serangga di dalam rumah dan di mana-mana kawasan di dalam Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Pihak tersebut mendakwa telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, MBSA dan Pihak Pengurusan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut dan mengenakan bayaran.

Oleh itu Pihak Pengurusan menasihati penduduk supaya berwaspada dan lebih berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya penipuan dan sekiranya keadaan tersebut berlaku, anda diminta mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Sekian, harap maklum.

PIHAK PENGURUSAN JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”

Monday, January 3, 2011

193 kes denggi dalam tiga minggu di Shah Alam

193 kes denggi dalam tiga minggu di Shah Alam

Monday, 01 February 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 1 Feb: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 193 laporan kes demam denggi di seluruh kawasan pentadbirannya sepanjang tiga minggu pertama Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 86 kes disahkan positif menghidap demam denggi, 77 membabitkan kes demam denggi (DD), manakala sembilan kes demam denggi berdarah (DDB).

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata antara kawasan yang dikenal pasti mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tinggi ialah Seksyen U2 (TTDI Jaya), Seksyen U7, Seksyen U12 (Desa Alam) dan Seksyen 7.

Sepanjang tempoh sama, katanya, MBSA membuat pemantauan dan mengadakan pemeriksaan di 2,220 premis, termasuk rumah kediaman, kedai, sekolah, kilang, tadika, tapak binaan, projek perumahan terbengkalai, tempat pembuangan sampah, taman permainan dan rekreasi serta tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Hasil pemeriksaan mendapati 108 premis positif menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengeluarkan 69 kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKT 1976). Mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun RM500.

“Kami juga melakukan semburan kabus di 39,745 premis untuk mengawal pembiakan Aedes daripada merebak. Langkah proaktif ini selaras arahan kerajaan supaya pihak berkuasa tempatan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tempat pembiakan aedes dihapuskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shahrin berkata, daripada pemerhatian pihaknya, punca utama pembiakan Aedes adalah disebabkan sikap cuai masyarakat yang gagal menjaga persekitaran kediaman dengan baik apabila sampah sarap seperti tin dan botol tidak dibuang secara sempurna, selain membiarkan kolah mandi dan pam tandas bertakung.

Sehubungan itu, katanya, MBSA menggalakkan penduduk mengadakan gotong-royong secara berkala untuk membersihkan kawasan kediaman seperti membersihkan longkang dan semak-samun.

Katanya, MBSA terbabit secara langsung untuk menyediakan tenaga kerja dan pelbagai peralatan gotong-royong seperti lori sampah, penyapu, sabit, parang dan cangkul.

“MBSA juga kerap mengadakan komunikasi secara bersemuka iaitu memberi ceramah atau dialog bersama penduduk, mengadakan perbincangan kecil bersama penduduk dan pekedai untuk berbincang mengenai bahaya aedes serta langkah pencegahan.

“Penjualan `abate’ di tempat awam seperti stesen minyak, pasar raya (bahagian racun serangga), kedai, kedai perkakasan juga digalakkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya untuk membasmi aedes,” katanya.

Dipetik dari SelangorKini Online

FOGGING DI KAWASAN MBSA PERCUMA

PEMBERITAHUAN

Tajuk : Fogging di kawasan MBSA percuma
(petikan/keratan akhbar)

AKHBAR : UTUSAN MALAYSIA

SEKSYEN : DALAM NEGERI

TARIKH : 17-Dec-2004

HARI : JUMAAT

ISU : KERAJAAN TEMPATAN

KUALA LUMPUR 16 Dis. ­Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai membuat laporan kepada polis jika didatangi individu atau kontraktor meminta upah bagi perkhidmatan semburan nyamuk (fogging) di kawasan mereka.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai syarikat dan juga kontraktor swasta yang melakukan fogging secara haram di kawasan pentadbiran MBSA.

Beliau berkata, sebenarnya fogging MBSA mahupun kontraktor swasta yang telah dilantik tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilakukan secara percuma.

"Tetapi ada syarikat mendakwa diarahkan oleh MBSA untuk kerja fogging dan meminta bayaran daripada orang ramai, ini tidak benar. Ia sebenarnya percuma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi Jabatan Kesihatan MBSA di talian 03-­55105133 sambungan 273 dan 274. Waktu fogging ditetapkan antara pukul 6.30 pagi hingga 7.30 pagi atau 6.30 petang hingga pukul 8 malam.

TATACARA MENANGANI WABAK DENGGI


PEMBERITAHUAN

Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : TATACARA TINDAKAN MENANGANI WABAK DENGGI

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan pada 10hb Mac 2010 yang lalu, Pihak Berkuasa Tempatan MBSA telah menjalankan OPERASI WABAK DENGGI & KEBERSIHAN PERMIS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), ALAM FLORA, MPP dan PIHAK PENGURUSAN JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” untuk memeriksa permis perniagaan, restoran dan kawasan kediaman, longkang, dan sebagainya yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Berikut adalah tatacara sebagai panduan agar punca pembiakan nyamuk dapat dihapuskan:-

a) Memeriksa dan membersihkan bekas kosong di dalam rumah atau permis yang mungkin menjadi tempat air bertakung seperti pasu, bekas hiasan atau sebagainya;

b) Memastikan tong dan sistem pam tandas berfungsi dengan baik dan sekiranya tidak berfungsi, pastikan tong tersebut kosong;

c) Menggunakan semburan aerosol di dalam rumah atau permis pada awal pagi dan senja;

d) Jangan membuang sampah atau bekas makanan dikawasan ‘airwell’ iaitu ruang kosong disebelah dapur untuk mengelakkan saluran air keluar dari tersumbat;

e) Diminta kerjasama pihak penghuni/penyewa agar membuka pintu semasa pemeriksaan Aedes dilakukan dan aktiviti semburan ‘fogging’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan oleh pihak berkuasa tempatan;

f) Amalkan kempen 10 minit setiap minggu untuk membersihkan rumah atau permis untuk hapuskan aedes & perangi denggi. Ingatlah:-
“HAPUSKAN AEDES MEMANG MUDAH. HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI DAN CHIKUGUNYA”.

Kerjasama pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

PIHAK PENGURUSAN
JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”

LALUAN TANGGA DAN KORIDOR

PEMBERITAHUAN

Kepada : Pemilik Kedai/ Penyewa/Restoran

Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : LALUAN TANGGA DAN KORIDOR

Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan pihak pengurusan “JMB PK SEK: 7 COMMITTEE” ingin meminta kerjasama daripada pemilik kedai/restoran supaya tidak meletakkan barang jualan, meja, kerusi atau apa-apa objek yang menghalang laluan koridor dan tangga bertujuan untuk:-

  1. Mewujudkan persekitaran koridor yang bersih dan mengekalkan keselesaan untuk semua penduduk dan penghuni;
  2. Membentuk dan mewujudkan komuniti restoran yang proaktif untuk menjaga kebersihan kawasan tangga dan koridor;
  3. Memberi akses kepada penduduk serta penghuni menggunakan kawasan koridor dan tangga jika terdapat kes kematian atau urusan pemindahan; dan
  4. Kawasan koridor dan tangga adalah “harta bersama”. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada semua Komuniti Pusat Komersil Seksyen 7 untuk menjaga dan mengekalkan keharmonian kawasan ini.
Kerjasama pihak Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian, harap maklum,


PIHAK PENGURUSAN

JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”