Saturday, May 12, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok H, M, P & Q) pada 7 Mei 2012
Tarikh kejadian: 7 Mei 2012
Waktu : 12:00 pagi
Waktu : 12:00 pagi
Laporan: Sekali lagi kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 telah ditimpa musibah hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok P, Q, H dan M.
Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Khalifah (blok P). Mujur pada ketika itu tiada sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa terlibat cuma terdapat kerosakan pada harta benda restoran iaitu awning, tiles/jubin lantai dan kerusi meja telah mengenai cebisan atap genting tersebut.
Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Khalifah (blok P). Mujur pada ketika itu tiada sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa terlibat cuma terdapat kerosakan pada harta benda restoran iaitu awning, tiles/jubin lantai dan kerusi meja telah mengenai cebisan atap genting tersebut.
Perkara tersebut telahpun diuruskan/ dalam proses di bawah insuran Public Liability (DC-07825988).
Tuesday, May 8, 2012
Skim Rondaan Baru Tangani Jenayah di Kawasan Pangsapuri
By: Hafizan Taib
KLANG, 5 MEI : Skim rondaan sendiri melibatkan penduduk bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) kawasan pangsapuri di Selangor dijangka akan dimulakan sebelum akhir Mei ini bagi menangani masalah kecurian dan vandalisme.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya menerima banyak permintaan bagi tujuan itu daripada penduduk yang mendiami kawasan pangsapuri di Selangor.
Iskandar berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan dua projek perintis di pangsapuri di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
“Sebelum ini kita terima banyak permintaan daripada penduduk di pangsapuri berkaitan kejadian jenayah dan mereka nak buat rondaan sendiri di dalam kawasan mereka. Kita rancang mulakan dengan dua projek perintis di kawasan perumahan pangsapuri di negeri ini.
“Dua projek ini dijangka bermula sebelum akhir Mei ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesra Menteri Besar Bersama JMB dan MC di sini hari ini.
Iskandar menambah, skim rondaan itu juga diwujudkan sebagai alternatif bagi penduduk dan bukan bertujuan menyaingi skim Rukun tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kerajaan Pusat.
Katanya, proses permohonan dan kelulusan skim negeri lebih cepat berbanding dengan RT dan SRS. Bagi menjayakannya, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat insurans yang bersetuju untuk memberikan skim perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam rondaan tersebut.
“Kalau kita lihat Rukun Tetangga dan SRS oleh Kerajaan Persekutuan ada skim insurans atau perlindungan takaful. Bagi Kerajaan Negeri, saya telah berjumpa dengn satu syarikat dan pihak tersebut bersetuju dengan satu skim insurans perlindungan untuk mereka yang buat rondaan itu.
“Dengan persetujuan itu juga maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk menanggung skim insurans bagi 1,000 peserta pertama yang terlibat dalam rondaan ini. Sekiranya berjaya skim rondaan itu akan diperluaskan ke kawasan perumahan pangsapuri yang lain.
“Bagi 1,000 peserta pertama ini kalau dua kawasan awal tidak mencapai jumlah itu maka akan diteruskan dengan kawasan perumahan lain,” katanya.
Thursday, April 26, 2012
Saturday, April 21, 2012
Tuesday, April 10, 2012
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong | 11 April 2012 Cuti Umum
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.
11 April 2012 CUTI SEMPENA PERTABALAN AGONG
MEMO PENDUDUK
Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa Tarikh: 10hb April 2012
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
PER : CUTI SEMPENA PERTABALAN AGONG
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pejabat Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 11hb April 2012 (Rabu) sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 12hb April 2012 (Khamis) seperti biasa.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-9796536
(Maintenance ‘On Call’)
Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB ”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.
Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan
JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”
Subscribe to:
Posts (Atom)












.jpg)


















