Friday, August 3, 2012

Penukaran 3 Buah tong sampah baru


Tarikh : 3 Ogos 2012

Penukaran 3 Buah tong sampah baru sebagai penggantian tong sampah yang telah rosak




Thursday, August 2, 2012

Pembersihan kawasan di bawah tong sampah (kotor, berbau, berair dan lecak)

Tarikh: 2 Ogos 2012

Kerja-kerja pembersihan di kawasan bawah tong sampah yang kotor berbau busuk, berair dan lecak telah dijalankan bersama-sama pihak penyelenggara dan pihak pembersihan.





Tuesday, July 17, 2012

Perlaksanan Menaiktaraf Tempat Letak Motorsikal Berkunci di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

Kerja-kerja Membekal dan Memasang Tempat letak Motorsikal berkunci serta kerja-kerja 
berkaitan untuk program untuk program pengurangan jenayah, perlaksanaan Program Bandar 
Selamat 2012 di seksyen 7, Shah Alam untuk Majlis Bandaraya Shah Alam di Bandaraya Shah 
Alam di Bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan

















Kerja-kerja dijangka siap pada 19 Ogos 2012.




Dilaporkan oleh Shamsul Fariz Bin Salimin
Pegawai Tadbir
Pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE"




Tuesday, June 19, 2012

Iklan Jawatan Kosong

IKLAN JAWATAN KOSONG : KERANI
JMB PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM



Badan Pengurusan Bersama JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” menguruskan perihal penyelenggaraan bangunan mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kerani di pejabat pengurusan yang bertempat di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

KERANI KAUNTER

  • Dibuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk di negeri sabah dan Sarawak.
  • Lelaki dan wanita layak memohon.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun.
  • Mempunyai skil komunikasi yang baik dalam bahasa Malaysia & bahasa Inggeris.
  • Gaji RM900.00.
  • Ada caruman KWSP dan PERKESO
  • Jawatan secara kontrak 12 bulan (1 tahun), diperbaharui setiap 6 bulan.
  • Tempoh percubaan selama 6 bulan.
  • Berkebolehan menggunakan computer, pantas menaip dan mahir dalam pelbagai aplikasi termasuk microsoft office.
  • Kelulusan minimum SPM.
  • Latihan diberikan.
 TUGASAN
- Mengendalikan urusan kaunter pembayaran dan pentadbiran
- Kebolehan bekerja di bawah pengawasan yang minimum
- Keutamaan akan diberikan kepada yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjalankan tugas yang diamanahkan serta berdisiplin menjalankan tugas

Cara memohon:

Permohonan hendaklah dihantar terus ke pejabat (seperti alamat di bawah) atau melalui emel dengan menyertakan maklumat peribadi beserta dengan gambar ukuran pasport, kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:

BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”
Aras 2, Parking Lot Pasaraya Giant
Jalan Plumbum T7/T, Pusat Komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Email : jmbpksek7committee@gmail.com 

Tel: 03-5566 4007 (Encik Sham / Puan Faizah)

Tarikh tutup : 25 Jun 2012 (Isnin 1:00pm)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang panggilan setelah 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Thursday, June 14, 2012

Penyelenggaraan mainhole blok N & Q

Tarikh : 12 & 13 Jun 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan servis mainhole (longkang) yang kerap tersumbat di belakang-belakang kedai akibat dari bahan buangan yang tidak sepatutnya yang dibuang oleh penghuni.

Diharap pihak penghuni dan penyewa kedai menjaga kebersihan dan mengawal pembuangan sampah atau bendasing ke dalam lubang tandas, floor trap agar kejadian sumbat dapat ditangani.
















Wednesday, May 30, 2012

Jadual Tahunan: Cuci Tangga oleh pekerja kebersihan

Tarikh: 29 dan 30 Mei 2012

Pihak pengurusan JMB telah mengatur jadual pembersihan cuci dan mop tangga setahun sekali.

Ianya dilakukan sendiri oleh pihak pekerja pembersihan yang telah dilantik oleh pihak JMB








Friday, May 18, 2012

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok K dan H) pada 16 Mei 2012








Tarikh kejadian: 16 Mei 2012
Waktu : 9:00am


Laporan: Telah berlaku hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok K dan H. Ini adalah kejadian kali kedua untuk tahun ini di mana kejadian yang sama telah terjadi beberapa hari lepas iaitu 7 Mei 2012 (link)Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Lawangsari (Blok K).

Mujur pada ketika itu tiada berlaku sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa tetapi terdapat kerosakan kepada sebuah kenderaan terlibat. Pihak pengurusan telah memanggil kontraktor untuk melakukan pembaikan tersebut.