Terkini! Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor khasnya di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pada 10 Mac 2014 waktu 10 pagi admin telah menghubungi pihak Syabas tentang perkara berkenaan untuk mengesahkan adakah Kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam terlibat sama atau pun tidak.
Pihak Syabas hanya mengesahkan MULAI 10 Mac 2014 - 31 Mac 2014 bahawa kawasan berhampiran yang terlibat adalah:-
ZON 1 - TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT RAJA SELATAN, SEKSYEN 7, SHAH ALAM
ZON 2 - KAWASAN DALAM PERUMAHAN PKNS, SEKSYEN 7, SHAH ALAM
- I-CITY, SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Mengikut penjelasan operator syabas, sekiranya kawasan berhampiran telah terlibat bermaksud Kawasan Pusat Komersil juga berkemungkinan terlibat sama.
Diharap agar penduduk dan penghuni dapat menyimpan bekalan air yang mencukupi selama 2 hari kerana catuan tersebut dilakukan selang 2 hari.
Berikut adalah kenyataan rasmi pihak Syabas:-
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan notis untuk melakukan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Negeri Selangor. Syabas akan melaksanakan Pengagihan Air Berjadual mulai hari Ahad, 2 Mac 2014.
Sila lakukan persiapan yang sewajarnya. Berikut adalah Notis dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air (2) yang dikeluarkan oleh Syabas :
NOTIS CATUAN BEKALAN AIR DI ENAM (6) DAERAH EKORAN PENGURANGAN PELEPASAN AIR MENTAH EMPANGAN SUNGAI SELANGOR DAN EMPANGAN KLANG GATES DAN PENGURANGAN PENGELUARAN AIR TERAWAT DARI LOJI-LOJI RAWATAN AIR YANG BERKAITAN
Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2014 telah mengeluarkan arahan kepada SPLASH untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sehingga 200 Juta Liter Sehari (JLH) dan pada 26 Februari 2014 mengarahkan PNSB untuk menghadkan pengambilan air mentah dari empangan Klang Gates kepada 100 JLH. Berikutan arahan tersebut, loji-loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah dari kedua-dua empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh SYABAS ke kawasan pengguna yang berkaitan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 26 Februari 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:-
* Perhatian! Pihak Syabas telah mengemaskini kawasan dan zon terlibat dengan catuan bekalan air ini melalui Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Ke 3 yang akan dilaksanakan pada hari Isnin, 10 Mac 2014. Sila dapatkan senarai terkini kawasan terlibat melalui link berikut :
1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR
- Bermula pada 2 Mac 2014 (Ahad) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin).
- Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.
2. KAWASAN TERLIBAT
- Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Anda boleh lihat jadual ini di SINI
3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.
- Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
- Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
- Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
JADUAL AGIHAN AIR MENGIKUT TARIKH DAN ZON
ZON DAN KAWASAN DAERAH HULU SELANGOR
Daerah-daerah serta Kawasan-kawasan lain yang terlibat dengan catuan bekalan air adalah seperti berikut :
GOMBAK (ZON 1)
- 5. Seksyen 10 Wangsa Maju
- 12. Taman Industri Ehsan Jaya
- 13. Seksyen 5 Wangsa Maju
- 14. Seksyen 6 Wangsa Maju
- 15. Seksyen 10 Wangsa Maju
- 17. Sebahagian kawasan AU4 Keramat
GOMBAK (ZON 2)
- 14. Sektor A Bandar Sri Damansara (SD 7 – SD 13)
- 15. Seksyen 1, Wangsa Maju
- 16. Seksyen 2, Wangsa Maju
- 17. Seksyen 4, Wangsa Maju
- 18. Danau Kota (kawasan A)
KUALA LUMPUR (ZON 1)
- 19. Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta
- 28. Kompleks Kerajaan Jalan Duta
- 33. Pusat Perkembangan Kokurikulum
- 35. Flat DBKL Dato Keramat
- 41. Jalan Kent 1 hingga 7
- 43. Keseluruhan Kawasan Permaisuri
- 44. Taman Shamelin Perkasa
- 45. Taman Bandar Damai Perdana A & B
- 50. Taman Bukit Anggerik 1 & 2
- 53. Taman Bukit Segar Masera
- 54. Bandar Baru Segar Utama
- 55. Taman Bukit Segar Jaya
- 56. Alam Damai & Taman Len Seng
KUALA LUMPUR (ZON 2)
- 1. Jln Ipoh Batu 4 hingga Batu 5
- 9. Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris
- 18. Kawasan Perindustrian Segambut
- 44. Taman Muda & Taman Mawar
PETALING (ZON 1)
- 4. Kampung Baru Salak Selatan
- 6. Keseluruhan Jalan Kuchai Lama
PETALING (ZON 2)
- 1. Seksyen 1, Petaling Jaya
- 2. Seksyen 2, Petaling Jaya
- 3. Seksyen 3, Petaling Jaya
- 4. Seksyen 5, Petaling Jaya
- 5. Seksyen 6, Petaling Jaya
- 6. Seksyen 7, Petaling Jaya
- 7. Seksyen 8, Petaling Jaya
- 8. Seksyen 9, Petaling Jaya
- 9. Seksyen 18, Petaling Jaya
- 15. Taman Perindustrian Bukit Jalil
- 16. PPRT Kampung Muhibbah
KLANG/SHAH ALAM (ZON 1)
- 3. Putra Height/ Bukit Lancung
KLANG/SHAH ALAM (ZON 2)
KUALA SELANGOR (ZON 1)
- 1. Kawasan Sungai Darah (Kiri dari Batang Berjuntai)
- 2. Sepanjang Jalan Raja Musa dari Batang Berjuntai hingga ke Batu 7 Tanjung Karang
- 5. Seluruh Kawasan Bukit Belimbing dan Hujung Permatang
- 6. Seluruh Kawasan Tanjung Karang dari Pasir Penambang ke Pekan Tanjung Karang
- 7. Sungai Gulang-Gulang dan Parit Serong
- 9. Seluruh kawasan Puncak Alam Fasa 1,2,3 dan Shah Alam 2
KUALA SELANGOR (ZON 2)
- 1. Kawasan Sungai Darah (kanan dari Batang Berjuntai)
- 2. Pekan Batang Berjuntai
- 3. Batu 7 Ijok Dari Jalan Datuk Muskam hingga Bukit Badong
- 5. Sepanjang Jalan Rawang dari Pekan Batang Berjuntai hingga Kg Kuantan
- 8. Seluruh Bandar Seri Coldfields / Desa Coldfields Sungai Buloh
- 15. Kawasan Industri Batu 23, Ijok
- 16. Jalan Meru Puncak Alam (McDonalds)
Anda juga boleh semak zon dan kawasan anda melalui Link berikut :
jika bermasalah loading, sila ke link :
kemudian klik : Pengagihan Air Berjadual (2)
4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR
- Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan
- Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada dikawasan tinggi atau dihujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan
5. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA
- Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan
- Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.
- Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL.
6. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi Puspel
- Talian bebas tol : 1-800-88-5252
Semoga maklumat ini dapat membantu anda melakukan persiapan yang sepatutnya agar tidak berlaku sebarang masalah dikemudian hari.
* Perhatian! Pihak Syabas telah mengemaskini kawasan dan zon terlibat dengan catuan bekalan air ini melalui Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Ke 3 yang akan dilaksanakan pada hari Isnin, 10 Mac 2014. Sila dapatkan senarai terkini kawasan terlibat melalui link berikut :