Tuesday, June 19, 2012

Iklan Jawatan Kosong

IKLAN JAWATAN KOSONG : KERANI
JMB PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM



Badan Pengurusan Bersama JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” menguruskan perihal penyelenggaraan bangunan mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kerani di pejabat pengurusan yang bertempat di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

KERANI KAUNTER

  • Dibuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk di negeri sabah dan Sarawak.
  • Lelaki dan wanita layak memohon.
  • Umur tidak melebihi 30 tahun.
  • Mempunyai skil komunikasi yang baik dalam bahasa Malaysia & bahasa Inggeris.
  • Gaji RM900.00.
  • Ada caruman KWSP dan PERKESO
  • Jawatan secara kontrak 12 bulan (1 tahun), diperbaharui setiap 6 bulan.
  • Tempoh percubaan selama 6 bulan.
  • Berkebolehan menggunakan computer, pantas menaip dan mahir dalam pelbagai aplikasi termasuk microsoft office.
  • Kelulusan minimum SPM.
  • Latihan diberikan.
 TUGASAN
- Mengendalikan urusan kaunter pembayaran dan pentadbiran
- Kebolehan bekerja di bawah pengawasan yang minimum
- Keutamaan akan diberikan kepada yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjalankan tugas yang diamanahkan serta berdisiplin menjalankan tugas

Cara memohon:

Permohonan hendaklah dihantar terus ke pejabat (seperti alamat di bawah) atau melalui emel dengan menyertakan maklumat peribadi beserta dengan gambar ukuran pasport, kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:

BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”
Aras 2, Parking Lot Pasaraya Giant
Jalan Plumbum T7/T, Pusat Komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Email : jmbpksek7committee@gmail.com 

Tel: 03-5566 4007 (Encik Sham / Puan Faizah)

Tarikh tutup : 25 Jun 2012 (Isnin 1:00pm)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang panggilan setelah 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Thursday, June 14, 2012

Penyelenggaraan mainhole blok N & Q

Tarikh : 12 & 13 Jun 2013

Pihak penyelenggara bangunan telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan servis mainhole (longkang) yang kerap tersumbat di belakang-belakang kedai akibat dari bahan buangan yang tidak sepatutnya yang dibuang oleh penghuni.

Diharap pihak penghuni dan penyewa kedai menjaga kebersihan dan mengawal pembuangan sampah atau bendasing ke dalam lubang tandas, floor trap agar kejadian sumbat dapat ditangani.
















Wednesday, May 30, 2012

Jadual Tahunan: Cuci Tangga oleh pekerja kebersihan

Tarikh: 29 dan 30 Mei 2012

Pihak pengurusan JMB telah mengatur jadual pembersihan cuci dan mop tangga setahun sekali.

Ianya dilakukan sendiri oleh pihak pekerja pembersihan yang telah dilantik oleh pihak JMB








Friday, May 18, 2012

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok K dan H) pada 16 Mei 2012








Tarikh kejadian: 16 Mei 2012
Waktu : 9:00am


Laporan: Telah berlaku hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok K dan H. Ini adalah kejadian kali kedua untuk tahun ini di mana kejadian yang sama telah terjadi beberapa hari lepas iaitu 7 Mei 2012 (link)Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Lawangsari (Blok K).

Mujur pada ketika itu tiada berlaku sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa tetapi terdapat kerosakan kepada sebuah kenderaan terlibat. Pihak pengurusan telah memanggil kontraktor untuk melakukan pembaikan tersebut.

Wednesday, May 9, 2012

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok H, M, P & Q) pada 7 Mei 2012



Tarikh kejadian: 7 Mei 2012
Waktu : 12:00 pagi
Laporan: Sekali lagi kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 telah ditimpa musibah hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok P, Q, H dan M.

Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Khalifah (blok P). Mujur pada ketika itu tiada sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa terlibat cuma terdapat kerosakan pada harta benda restoran iaitu awning, tiles/jubin lantai dan kerusi meja telah mengenai cebisan atap genting tersebut.

Perkara tersebut telahpun diuruskan/ dalam proses di bawah insuran Public Liability (DC-07825988).

Tuesday, May 8, 2012

Skim Rondaan Baru Tangani Jenayah di Kawasan Pangsapuri


  
KLANG, 5 MEI : Skim rondaan sendiri melibatkan penduduk bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) kawasan pangsapuri di Selangor dijangka akan dimulakan sebelum akhir Mei ini bagi menangani masalah kecurian dan vandalisme.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya menerima banyak permintaan bagi tujuan itu daripada penduduk yang mendiami kawasan pangsapuri di Selangor.
Iskandar berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan dua projek perintis di pangsapuri di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Sebelum ini kita terima banyak permintaan daripada penduduk di pangsapuri berkaitan kejadian jenayah dan mereka nak buat rondaan sendiri di dalam kawasan mereka. Kita rancang mulakan dengan dua projek perintis di kawasan perumahan pangsapuri di negeri ini.

“Dua projek ini dijangka bermula sebelum akhir Mei ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesra Menteri Besar Bersama JMB dan MC di sini hari ini.

Iskandar menambah, skim rondaan itu juga diwujudkan sebagai alternatif bagi penduduk dan bukan bertujuan menyaingi skim Rukun tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kerajaan Pusat.

Katanya, proses permohonan dan kelulusan skim negeri lebih cepat berbanding dengan RT dan SRS. Bagi menjayakannya, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat insurans yang bersetuju untuk memberikan skim perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam rondaan tersebut.

“Kalau kita lihat Rukun Tetangga dan SRS oleh Kerajaan Persekutuan ada skim insurans atau perlindungan takaful. Bagi Kerajaan Negeri, saya telah berjumpa dengn satu syarikat dan pihak tersebut bersetuju dengan satu skim insurans perlindungan untuk mereka yang buat rondaan itu.

“Dengan persetujuan itu juga maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk menanggung skim insurans bagi 1,000 peserta pertama yang terlibat dalam rondaan ini. Sekiranya berjaya skim rondaan itu akan diperluaskan ke kawasan perumahan pangsapuri yang lain.

“Bagi 1,000 peserta pertama ini kalau dua kawasan awal tidak mencapai jumlah itu maka akan diteruskan dengan kawasan perumahan lain,” katanya.