Tuesday, April 30, 2013
Friday, April 26, 2013
PEMBINAAN PEJABAT/ SETOR PENYELENGGARA BANGUNAN JMB DAN PEJABAT PERSATUAN PENDUDUK
Laporan kerja
kontrak pembinaan mengubahsuai pejabat penyelanggaraan
Tarikh: 26 April 2013 - Jun 2013
Surat tawaran kepada pihak kontraktor iaitu A & J RESOURCES telah dikeluarkan dan kerja-kerja telah berjaya disiapkan pada awal bulan jun 2013.
Tujuan pengubahsuaian tersebut dibuat adalah sebagai kegunan Pejabat Penyelenggara (Maintenance JMB) dan juga akan digunakan sebagai tempat Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, menjalankan aktiviti.
Segala kos pengubahsuaian ditanggung oleh Pihak JMB.
Berikut adalah gambar sebagai rujukan anda.
STATUS: SELESAI
Tuesday, April 2, 2013
Pemberitahuan: Gangguan Bekalan Air Beberapa Unit di Blok N
PEMBERITAHUAN
Tarikh : 2hb April 2013
Kepada : Pemilik/Penduduk/Penghuni
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
PER : GANGGUAN
BEKALAN AIR DI BEBERAPA UNIT DI BLOK N AKIBAT
KEBOCORAN DALAMAN KEDAI VG/30, TARIKH PEMERIKSAAN & PEMBAIKAN: 4 – 6 APRIL
2013
Merujuk
perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa,
terdapat gangguan bekalan air di unit-unit berikut di Blok N :
1)
VG/30
2)
V2/30-B
3)
V3/30-B
4)
V4/30-B
Pihak kami terpaksa menutup sementara bekalan air untuk
kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan. Kerja-kerja akan dijalankan pada 4 April – 6 April 2013. Diminta pihak penghuni untuk menyimpan air
yang secukupnya.
Sekiranya
terdapat sebarang masalah, sila hubungi pihak penyelenggara di talian
012-979 6536.
MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN. KERJASAMA ANDA
AMAT KAMI HARGAI. SEKIAN, TERIMA KASIH.
Monday, March 25, 2013
Majlis Keluarga AJK & Kakitangan JMB 2013 (SEMPENA 5 TAHUN BEROPERASI DENGAN JAYANYA)
Majlis Hari Keluarga JMB telah diadakan pada 9 Mac 2013 (Sabtu) sempena meraikan kejayaan 5 tahun (2008 - 2013)pihak Pengurusan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam: JMB "PK SEK: 7 COMMITEE" beroperasi dan telah mencapai banyak kejayaan dalam menguruskan perihal penyelenggaraan dan kebersihan kawasan sekitar.
Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai memberi penghargaan terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) dan kakitangan pengurusan dan penyelenggara bangunan yang selama ini bekerja penuh berdedikasi tanpa mengira waktu demi pembangunan dan kesejahteran kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Pihak kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya Bangunan (COB) iaitu Tuan Said Bin Ibrahim dan Ahli Majlis MBSA (MPP ZON 3) iaitu Puan Sarimah Lisut yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasam yang tidak berbelah bagi terhadap kami.
Tentatif Majlis
Tentatif Majlis
8.00
– 8.30mlm : Ketibaan jemputan
termasuk jemputan V.I.P.
8.30
– 8.45mlm : Bacaan doa oleh Ustaz Sajuri
8.45
– 9.30mlm :
Jamuan Makan
9.30
– 9.45mlm : Ucapan Aluan dan Perasmian Majlis oleh Hj. Shahrir Shahodin
9.45
– 10.30mlm :
Pertandingan Karaoke dan meniup belon untuk dewasa dan kanak-kanak
10.30
– 11.00mlm : Pertandingan
Kerusi Berirama untuk Dewasa dan kanak-kanak
11.00 – 11.30mlm : Cabutan Bertuah dan
pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan.
11.30
– 11.45mlm : Ucapan
penutup oleh Pengerusi Hj. Shahrir Shahodin dan Bersurai.
Jemputan
1. Ahli
Jawatankuasa JMB “PK Sek : 7 Committee”
2. Kakitangan-kakitangan JMB “PK Sek : 7
Committee”
3. Pekerja Pembersihan
4. Tuan Said bin Ibrahim (C.O.B MBSA)
5 Pn. Sarimah bt Lisut (Ahli MBSA & MPP Zon 3)
5. Pekerja pembersihan dan Keluarga
6. NR UiTM
7. Pihak Balai Polis Sek 7 dan Keluarga
8. Wakil AJK Persatuan Penduduk PKS7
bacaan doa oleh Tuan Sajuri selaku Imam Surau Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
MC BERSAMA EN RAZIB (AJK) DAN EN HUZAIRI
SESI KARAOKE : EN SAHRUDDIN BIN LIN (BENDAHARI) MENDENDANGKAN LAGU UNTUK PARA TETAMU
PUAN HAYATI & ANAK BELIAU
PUAN FAIZAH & ANAK BELIAU
ORANG KUAT PERSIAPAN MAJLIS
MUSICAL CHAIRS FOR CHILDREN
SESI KARAOKE - HJ SHAHRIR MENDENDANGKAN LAGU
DJ ZUL
PUAN SARIMAH LISUT MENYAMPAIKAN UCAPAN
SESI BARBEQUE (BBQ)
ACARA TIUB BELON KANAK-KANAK
AJK & TETAMU YANG HADIR TUAN SAID IBRAHIM AMAT SPORTING
EN FAIZ (FOTOGRAPHER)
PUAN SARIMAH LISUT TURUT BERMAIN MUSICAL CHAIRS, BELIAU JUGA AMAT SPORTING
TERIMA KASIH DIATAS KEHADIRAN TUAN PUAN DALAM MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI YANG TIDAK SEBERAPA INI..
ALHAMDULILLAH...
Wednesday, March 20, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






















