Monday, August 26, 2013

PEMBERITAHUAN GANGGUAN BEKALAN AIR



Kepada : Semua Pemilik/Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
                                                    
PERKARA  : GANGGUAN BEKALAN AIR DI BEBERAPA UNIT DI BLOK P

Unit yang terjejas: 
  1. UG/23, 
  2. U1/23-B, 
  3. U2/23-B, 
  4. U3/23-B, 
  5. U4/23-B, 
  6. U1/23-A, 
  7. U2/23-A dan 
  8. U3/23-A

 Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa,  terdapat gangguan bekalan air di beberapa unit di Blok P mungkin berlarutan selama 2 hari.

Pihak Penyelenggara akan melakukan kerja pemeriksaan tersebut akan segera dijalankan mulai:-

Tarikh: 27 Ogos 2013 (Esok) sehingga 29 Ogos 2013(Rabu) 

Kami berharap agar pihak penghuni bersabar dan menyimpan bekalan air yang mencukupi. 

Maaf di atas segala kesulitan.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI. SEKIAN, TERIMA KASIH.
PIHAK PENGURUSAN

JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”

Monday, August 5, 2013

PEMBERITAHUAN: CUTI PERAYAAN AIDILFITRI 2013


Pejabat Pihak Pengurusan akan ditutup sempena Perayaan Aidilfitri bermula dari tarikh 7hb Ogos 2013 sehingga 11hb Ogos 2013 dan pejabat akan dibuka semula pada  12hb Ogos 2013 (hari Isnin) seperti biasa.




Monday, July 8, 2013

NOTIS TENDER : KERJA-KERJA MEMASANG JUBIN LANTAI (TILES) DI KESELURUHAN TANGGA 12 BLOK DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada sesiapa (pihak kontraktor) yang berminat untuk memberi sebut harga terhadap:

KENYATAAN SEBUTHARGA : MEMASANG JUBIN KESELURUHAN TANGGA 12 BLOK DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM (BLOK D, E, F, G, H, J, K, L, M, N, P DAN Q)

TARIKH TUTUP: 15 JULAI 2013

SILA AMBIL BORANG TENDER DI PEJABAT PIHAK PENGURUSAN SEPERTI ALAMAT TERTERA BAWAH: 

PEJABAT PENGURUSAN JMB
ARAS 2, PASARAYA GIANT,
JALAN PLUMBUM T7/T,
PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR 






Saturday, July 6, 2013

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

Unit-unit rumah yang terlibat: AC1/9-B, AC2/9-B, AC3/9-B dan AC4/9-B)

Lokasi: atas unit kedai Cuci Kereta (ACG/9)

3/06/2013 - Aduan dari pemilik unit AC1/9-B blok B iaitu Puan Siti Zaharah Arshad hadir ke pejabat pengurusan mengatakan floor trap di kawasan dalam bilik air (dapur) telah tersumbat dengan air najis.

4/06/2013 - Pemeriksaan oleh pihak maintenance (En Zulkhairul) mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik atas lantai dan hampir ke ruang tamu kawasan tersebut. Pihak penyelenggara mencadangkan memanggil kontraktor yang bertauliah agar kerja-kerja dapat dijalankan dengan segera. Sila rujuk gambar dibawah. 





8/06/2013 - Pihak Pengurusan telah mengatur temujanji bersama pemilik tingkat 1 dan Penyewa kedai Car Wash tersebut pada hari kontraktor hadir untuk melakukan kerja-kerja. Kami amat berterima kasih kepada pemilik kedai dan penyewa kedai kerana memberikan kerjasama kepada kami agar kerja-kerja dapat dijalankan. Pihak Kontraktor datang dan kerja-kerja segera dijalankan.


Gambar diambil dari dalam kedai VG/9, lokasi paip najis. 


Kerja-kerja mengetuk dan membuka paip saluran najis oleh kontraktor


Lori Pihak kontraktor 'Jetting System'


Kerja-kerja juga dilakukan di dalam tandas rumah AC1/9-B



Kerja membuang air najis yang bertakung






Gambar dari dalam kedai, Saluran paip panjang dibuat agar dapat menyalurkan air najis ke luar kedai..




Kerja-kerja telah berjaya diselesaikan oleh kontraktor mengambil masa selama hampir 6 jam. 

Pihak kami mendapati masalah berpunca daripada pihak penduduk/ pemilik rumah yang tidak bertanggungjawab membuang kain berupa kain mop dengan sengaja atau tidak sengaja ke dalam saluran paip lubang tandas atau floortrap sehingga tersumbat.

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum...

Tuesday, July 2, 2013

PROJEK MEMBAIKPULIH RESAPAN DI KAWASAN BUMBUNG

TARIKH : 2 JULAI 2013

PROJEK MEMBAIKPULIH RESAPAN DI KAWASAN BUMBUNG


SEBELUM


SELEPAS

Menutup keliling paip putih dengan silikon, serta menyimen dan meletakkan lapisan tar di keliling zink.


SEBELUM


SELEPAS

Menyapu lapisan simen merah untuk membaikpulih rabung bumbung


Membuat longkang keliling dinding airwell



Menyapu lapisan water proofing  di kawasan petak empat segi yang telah ditentukan


Meletakkan lapisan water proofing di sepanjang sempadan rumah .


Membuat lapisan plaster setinggi 6” serta menyapu lapisan water proofing dikawasan  dinding corner lot 4B

status: selesai.


Tuesday, June 25, 2013

PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM BAKAL DIKENAKAN PARKING BERBAYAR? APA KATA ANDA?


Untuk makluman semua banner tersebut telah mula kelihatan pada 15 Jun 2013 dan digantung dihadapan blok Q (seberang jalan berhampiran KFC).

Perkara ini telah membangkitkan ketidakpuasan hati penghuni dan masyarakat setempat. Pihak Persatuan Penduduk (http://pppks7.blogspot.com/ & https://www.facebook.com/pppks7/)dengan segera menghantar surat ke pihak MBSA melalui Datuk Bandar Yg. Bhg. Dato' Mohd Jaafar Mohd Atan.

Pada 24 Jun 2013, beberapa AJK Tertinggi Persatuan Penduduk telah berjumpa dengan exco LPHS YB Iskandar, TUan Said Ibrahim Bahagian Pesuruhjaya Bangunan COB MBSA. Berikut adalah status dari En Tahir Bin Saleng https://www.facebook.com/tahir.saleng (AJK Persatuan penduduk/ AJK JMB) melalui whatsapp pihak JMB.









Berikut adalah bantahan dari pada pihak Persatuan penduduk.


Berikut adalah status dari pihak MPP Zon 3, Puan Sarimah Binti Lisut (Ahli Majlis MBSA) melalui facebook https://www.facebook.com/mpp.zontiga


Harap maklum...