Friday, April 11, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/22-B BLOK K (kali ke 2)

PEMBERITAHUAN/ PEMGUMUMAN


SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/22-B BLOK K 
(kali ke 2)

Unit rumah yang terlibat:

X1/22-B
X2/22-B
X3/22-B
DAN
X4/22-B

Pada 13 Mac 2014, waktu 3:00pm pihak pengurusan telah mendapat aduan berkenaan saluran kumbahan di bilik air ke dua unit X1/22-B telah tersumbat. 

Pemeriksan pada hari yang sama telah dijalankan dan mendapati saluran utama kumbahan telah tersumbat. Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis Larangan Penggunaan Air (diberi kepada penghuni unit-unit rumah yang terlibat) di bahagian bilik air kedua, kawasan yard dan sinki dapur untuk sementara waktu supaya air kumbahan tidak melimpah keluar ke unit X1/22-B sehingga pihak pengurusan mengambil tindakan susulan. Pihak penyelenggara turut memaklumkan agar pihak pengurusan segera menghubungi pihak kontraktor.

Pada 5 April 2014, pihak mengurusan telah cuba servis bahagian mainhole utama, akan tetapi percubaan tersebut gagal. 

Pada 7 April 2014, Cubaan kedua juga telah dilakukan pada dan alhamdulillah membuahkan hasil dan menyelesaikan masalah tersebut. 

Sila rujuk gambar di bawah:-









Punca sumbatan tidak dapat dikenalpasti kerana semasa semburan kuat tekanan air tersebut telah berjaya mengeluarkan 'benda asing' berkenaan terus memasuki lubang longkang besar. (kebiasaannya adalah gumpalan lemak dan bendaasing)

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum..

Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.

Jawatan kosong : PENYENGGARA/ MAINTENANCE


PEJABAT PENGURUSAN
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) "PK SEK: 7 JAWATANKUASA"
 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR
(2 KEKOSONGAN)

Advertised: 11-4-2014 | Tarikh Tutup: 11-5-2014

PENYENGGARA/ MAINTENANCE

GAJI RM 1,200.00 + elaun


Tanggungjawab:

v  Membantu dalam menjaga perihal penyelenggaraan kawasan bangunan/ kawasan awam dan menjalankan pemeriksaan rutin penyelenggaraan, merancang, mengawal dan mencegah beberapa masalah terhadap harta bersama kawasan apartmen  dan kedai komersial.

v  Penyelesaian terhadap masalah elektrik / mekanikal dan sistem paip dengan pengawasan yang minimum.

v     Menjalankan servis dan kerja-kerja penyelenggaraan Elektrik, Mekanikal dan Paip. Membantu untuk menghadiri aduan daripada pemilik / pembeli / penyewa.

v  Menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan / kerja terancang rutin harian, mingguan, bulanan, tahunan dan kerja yang diberikan dari semasa ke semasa.

Kelayakkan:

  • Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya SPM/ SPMV, Sijil Kemahiran, atau yang setaraf.


  • ·         Pemohon mestilah bersedia untuk bekerja di Seksyen 7, Shah Alam.


  • ·         Graduan baru tamat pengajian digalakkan untuk memohon.


  • ·         2 kekosongan


  • ·         Celik komputer dengan kemahiran komunikasi yang baik.


  • ·         Kesihatan yang baik, dari segi fizikal dan mental.


  • ·         Rajin, boleh bekerja dalam berpasukan atau kumpulan.


  • ·         Pemohon hendaklah warganegara Malaysia


  • ·     Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun  pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.

Calon-calon yang berminat adalah dijemput untuk menghantar e-mel, faks atau menulis dengan resume yang lengkap dengan menyatakan nombor telefon kenalan, gaji semasa dan jangkaan bersama-sama dengan gambar terkini bersaiz pasport (nr):



BADAN PENGURUSAN BERSAMA "PK SEK: 7 JAWATANKUASA"
Aras 2, Pasaraya Giant,
Jalan plumbum T/7T, Pusat komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.


atau email ke: jmbpksek7committee@gmail.com 

Wednesday, April 2, 2014

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KEEMPAT DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA BAGI NEGERI SELANGOR,WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Adalah dimaklumkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari 500 Juta Liter Sehari (JLH) kepada 1,000 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, pihak SYABAS telah diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk dilaksanakan bagi menghadapi pengurangan bekalan air terawat yang disebabkan oleh keputusan ini.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 28 Mac 2014. Perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini melibatkan beberapa kawasan baru sebagai tambahan kepada kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Pelan Catuan Peringkat Ketiga di sembilan (9) wilayah iaitu daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor. Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mulai 4 April 2014 hingga 30 April 2014 atau ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang berjalan pada masa ini dilanjutkan mulai 1 April 2014 sehingga ke satu tarikh yang sama seiring dengan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ke Empat.

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini akan dilaksanakan secara berasingan (separately) dengan jadual yang berlainan daripada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga (Zon 1 dan 2). Kawasan tambahan yang telibat di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat dibahagikan kepada Zon 3 dan 4. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kawasan tambahan kepada Zon 1 dan Zon 2 pada Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga seperti yang diperincikan di dalam Notis Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat ini dan akan dilaksanakan mengikut jadual pelan tersebut.

Kawasan-kawasan yang terlibat di dalam Zon 1 dan Zon 2 didalam Pelan Catuan Peringkat Pertama dan Ketiga ini adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam notis yang dikeluarkan kepada pengguna masing-masing pada 25 Februari 2014 dan 7 Mac 2014 yang lalu. Bagi mendapatkan maklumat mengenai kawasan yang terlibat, para pengguna disarankan merujuk kepada notis tersebut di laman web SYABAS (www.syabas.com.my).

Untuk makluman, perlaksanaan Catuan Bekalan Air ini akan diselaras oleh pihak SPAN dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan SYABAS.

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Keempat untuk makluman dan panduan semua pengguna yang terlibat:-

Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut (jadual dan kawasan terlibat)

Catuan Peringkat 4. Dalam pautan tersebut juga disertakan bersama jadual sambungan catuan air bagi peringkat 1 dan peringkat 3. Sila baca dengan teliti maklumat di dalam siaran media tersebut :




Wednesday, March 26, 2014

STATUS TERKINI PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA


KENYATAAN MEDIA

SIARAN SEGERA
25 MAC 2014

STATUS TERKINI PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masing-masing mula dilaksanakan pada 27 Februari 2014 dan 10 Mac 2014 yang masih diteruskan sehingga kini.

Untuk makluman, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dilaksanakan ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

SYABAS telah dimaklumkan oleh syarikat operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd bahawa LRA Cheras Batu 11 yang telah mula beroperasi sejak 17 Mac 2014 lalu telah berhenti beroperasi semenjak jam 2.00 petang hari ini (25 Mac 2014). Ini berlaku berikutan kandungan ammonia di LRA Cheras Batu 11 telah meningkat semula sejak semalam disebabkan kekurangan hujan sejak empat (4) hari yang lepas. Bacaan paras ammonia sehingga jam 2.00 petang (25 Mac 2014) adalah pada tahap 4.20 part per million (ppm) iaitu melebihi paras kandungan yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala, LRA Bukit Tampoi pula pada masa ini (2.00 petang, 25 Mac 2014) masih lagi beroperasi seperti biasa disebabkan paras ammonia masih di tahap yang dibenarkan. Keadaan yang berlaku ini juga sedang dipantau rapi oleh pihak operator loji berkenaan. Justeru, para pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperolehi bekalan air menerusi LRA tersebut akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Berhubung ini, seperti yang telah dijadualkan, pada hari ini (25 Mac 2014) kawasan yang diletakkan di bawah ZON 2 mendapat bekalan air dan ZON 1 sedang dicatu.
Oleh sebab itu, para pengguna perlu menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk kegunaan utama bagi tempoh ketiadaan air selama dua hari. SYABAS juga akan terus membuat pemantauan berterusan di kawasan-kawasan catuan ini bagi memastikan para penduduk mendapat bekalan air seperti yang telah dijadualkan.

Sementara itu, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga akan terus dilaksanakan. Ini melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam pula berlaku ekoran kekurangan bekalan air terawat disebabkan pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 JLH dan Empangan Klang Gates (30 JLH) seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa kawasan catuan bekalan air yang diletakkan d dalam ZON 2 di Wilayah Gombak dan Klang/Shah Alam lewat mendapat bekalan air seperti yang dijadualkan sejak semalam. Ini berikutan loji rawatan air yang membekalkan air ke semua kawasan ini dari Sungai Selangor telah mengurangkan pengeluaran air terawat daripada kadar pengeluaran biasa pada 24 Mac 2014 berbanding kadar pengeluaran semasa catuan. Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan SYABAS di semua kawasan gangguan ini menunjukkan bekalan air di semua kawasan tersebut telah mula mendapat bekalan air seperti biasa sejak jam 10.00 malam tadi (24 Mac 2013) dan dijangka pulih sepenuhnya pada petang 25 Mac 2014. Antara kawasan yang masih tidak mendapat bekalan air adalah:

Wilayah Gombak
Wilayah Klang/Shah Alam
  • Bukit Indah
  • Taman Sri Rasa
  • Taman Sri Bayu
  • Taman Zooview
  • Seksyen 1 dan 2
  • Kampung Tasik Permai
  • Sri Gombak
  • Kepong Baru
  • Seksyen 27
  • Seksyen 28
  • Seksyen 33
Untuk makluman, catuan bekalan air kesemua kawasan yang terlibat di Peringkat 1 dan 3 akan terus dilakukan mengikut jadual berdasarkan pelan catuan sebelum ini dan para pengguna diharapkan agar memandang serius berhubung perkembangan terkini  situasi bekalan air yang berlaku di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lalu meyebabkan tiada aliran air tambahan di Sungai Selangor  dan oleh sebab itu kedua-dua pelan catuan bekalan air ini masih lagi diteruskan sehingga 31 Mac 2014  atau dilanjutkan. Walau bagaimanapun, pihak SYABAS masih menunggu keputusan lanjutan catuan air daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru, pihak SYABAS terus berharap agar para pengguna sentiasa memberikan kerjasama penuh untuk mengurangkan penggunaan air dan terus berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sediada dapat bertahan lebih lama. Para pengguna terus diingatkan agar tidak melakukan perkara yang terlarang dan tidak bertanggungjawab seperti melakukan kerosakan terhadap fasiliti dan infrustuktur bekalan air yang diuruskan oleh SYABAS termasuklah pada jajaran-jajaran paip kerana perbuatan ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan air bersih apabila bekalan air pulih seperti sediakala. Selain itu, SYABAS turut menanggung kerugian akibat vandalisme yang dilakukan para pengguna. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.

Selain dari itu, bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung pelan catuan yang dilaksanakan ini seperti kawasan terlibat dan jadual catuan bekalan air, para pengguna disarankan untuk terus melayari laman web SYABAS (www.syabas.com.my) dari masa ke semasa. 

Sunday, March 16, 2014

AKTIVITI PEMBERSIHAN AIRWELL

16 MAC 2014


Pembersihan Airwell PKS7 bersama kempen mencegah wabak Denggi. Sampah yang dibuang oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab walaupun notis larangan telah dikeluarkan.

Diharap penghuni lebih bertanggungjawab dimasa hadapan. Terima kasih kpd semua Penghuni/ penyewa tingkat satu kerana memberi kerjasama dan laluan untuk masuk ke airwell. 

Kerja dilakukan oleh En Tahir dan En Syamaizar selaku AJK JMB yang begitu komited demi menjaga kebersihan dan keharmonian penduduk setempat.






Gambar ihsan dari facebook En Tahir bin Saleng https://www.facebook.com/tahir.saleng