Thursday, November 20, 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BUMBUNG BANGUNAN

Perkhidmatan kontraktor telah diambil bagi melakukan kerja membaik pulih bumbung bangunan yang kelihatan beberapa keping telah tercabut, pecah dan ada susunan kepingan tersebut telah melurut berkemungkinan akibat dari cuaca dan bencana alam.

kerja-kerja dilakukan pada 20 & 25 November 2014. Kerja tersebut berjaya diselesaikan.





Wednesday, November 19, 2014

AKTIVITI MEMBUANG IKLAN/STIKER HARAM DAN KERJA MENGECAT

Kerja dijalankan secara berjadual dan berperingkat terhadap semua blok mulai 6 Disember 2014. Kesan dari iklan tersebut telah mengotori dinding-dinding bangunan dan kerja mengecat terus dijalankan. Dilampirkan gambar sebagai rujukan.













AKTIVITI MENANGGAL STIKER HARAM

Kerja menanggalkan iklan haram di sekitar blok dijalankan secara berperingkat. Ianya juga telah menjadi kerja rutin dan kerjasama pihak pekerja pembersihan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan




Monday, November 10, 2014

KERJA MENGETATKAN PAIP PADA METER (SELEPAS METER) SYABAS

Pemeriksaan rutin pihak penyelenggara disekitar kawasan mendapati beberapa paip selepas meter syabas telah mengalami kebocoran. Tindakan segera membaiki diambil kerana dikhuatiri pemilik akan menanggung bil air yang tinggi akibat kebocoran ini.

Gambar dilampirkan sebagai rujukan.







KERJA-KERJA PPENYELENGGARAAN LONGKANG TERSUMBAT OLEH MBSA

Pada 5 November 2014, pihak penyelenggara telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati longkang dibahagian belakang Restoran Barra unit VG/23 & 25 telah tersumbat.

Aduan kepada MBSA telah dibuat oleh En Tahir Bin Saleng selaku AJK Berportfolio Penyelenggaraan dan pihak MBSA hadir untuk membuat kerja-kerja pembaikan pada 10 November 2015 dari pukul 8:30am - 12 tengahari. Terima kasih MBSA!!! Alhamdulillah kerja telah berjaya diselesaikan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.







Thursday, November 6, 2014

KERJA-KERJA MEMBUAT PENUTUP LONGKANG (MAINHOLE)

Berikutan penutup longkang yang didapati telah pecah dan hilang di belakang kedai-kedai sekitar Pusat Komersil Seksyen 7, Pihak penyelenggara telah membuat beberapa buah penutup longkang yang akan diletakkan sekitar belakang kedai.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.







Wednesday, November 5, 2014

MAINHOLE TERSUMBAT DIBELAKANG RESTORAN UG/49 BLOK P

Pihak penyelenggara telah melakukan siasatan rutin dan mendapati longkang di bahagian belakang kedai telah dipenuhi dan mengesyaki terdapat berlaku sumbatan dan kerja kerja segera dilakukan bagi mengenalpasti masalah.

Semasa kerja dilakukan, pihak penyelenggara telah menjumpai beberapa ketulan batu-bata beserta gumpalan lemak.

Kerja-kerja menangani masalah tersebut telah berjaya diselesaikan. 

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.