Monday, September 6, 2010

Tugas & Tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama

Tuesday, August 24, 2010

Nikah gantung tangani masalah kemaruk seks, buang bayi.

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.

# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.

# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.

# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.

# Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan.

# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.

# Merendahkan hantaran perkahwinan.

“Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.

# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.

# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.

“Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

“Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

“Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah,” tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

“Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

“Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara,” tegasnya lagi.

Thursday, August 19, 2010

BULETIN MBSA

Sekadar berkongsi maklumat dan informasi berkaitan Buletin 2010, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sila klik sini --> BULETIN 2010

Thursday, August 5, 2010

Seminar Pengawalan Nyamuk Di Tempat Kerja Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam


Tarikh : 5 OGOS 2010 ( KHAMIS )

Tempat :Bilik Latihan RenaTanda




Aktiviti kawalan dan pencegahan nyamuk aedes di tempat kerja khususnya di kawasan kilang dapat membantu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menangani masalah peningkatan demam denggi di kawasan pentadbiran MBSA.


Justeru baru-baru ini, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengambil langkah proaktif untuk menganjurkan Seminar Pengawalan Nyamuk Di Tempat Kerja bagi memberi kesedaran dan mendidik pengusaha kilang dan pekerjanya agar lebih prihatin dan dapat memastikan kawasan sekitar premis mereka ini bersih dan bebas dari ancaman nyamuk denggi.

Seramai 100 peserta seminar yang terdiri daripada pegawai sumber manusia, penyelia asrama pekerja, pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja dan pengusaha serta pemilik kilang sekitar Shah Alam telah diberikan penerangan dan pendedahan berhubung prosedur pengawalan nyamuk. Hasil pemantauan di kawasan premis kilang dan asrama pekerja didapati antara punca pembiakan nyamuk adalah keadaan struktur bangunan yang membenarkan air bertakung seperti “gutter” yang tersumbat, floor trap yang terbuka serta kurang kesedaran di antara segelintir pekerja yang tidak memahami bagaimana nyamuk boleh membiak.


Melalui seminar ini para peserta telah diberikan penerangan berhubung masalah demam denggi dan cara-cara untuk menanganinya. Penceramah yang menyampaikan ceramah terdiri daripada para pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Bandar, MBSA iaitu Dr. Ida Yanti Mohd. Sofian, Pegawai Kesihatan, yang menyampaikan ceramah bertajuk “Pengenalan Demam Denggi”. Ceramah kedua disampaikan oleh Tuan Haji Noor Esa Sahid, Penolong Pegawai Kawalan Persekitaran (Kanan), yang telah menyampaikan ceramah bertajuk “Garis Panduan Pengawalan Nyamuk Di Tempat Kerja” dan Encik Idham Hamidi Mat Jamal, Penolong Pegawai Kawalan Persekitaran, dengan ceramahnya bertajuk “Tanggungjawab Pemilik Premis Dalam Pencegahan Demam Denggi”.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) amat serius dalam menangani masalah nyamuk aedes ini dan berharap untuk mendapat kerjasama warga kota Shah Alam untuk bersama-sama berganding tangan bagi memastikan Shah Alam bebas daripada penyakit demam denggi ini. Ini termasuklah memastikan kawasan sekitar bebas daripada sampah sarap dan sentiasa mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul.

Melalui seminar setengah hari ini diharapkan dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada peserta cara-cara untuk mengenalpasti dan memusnahkan punca-punca pembaikan nyamuk di tempat bekerja dan asrama pekerja.


Pada masa yang sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru dan mengingatkan kepada warga kota Shah Alam supaya dapat mengambil masa selama 10 minit sahaja pada setiap minggu untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah sama ada di dalam mahupun luar rumah dengan memastikan tiada tempat atau bekas yang boleh menakung air seperti pam tandas, pasu bunga dan juga tangki simpanan air atau kolah serta bekas-bekas lain yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.


Sebarang pertanyaan berhubung masalah denggi boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Denggi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di talian 03-55222793 (waktu pejabat).

Sebahagian daripada peserta yang menghadiri seminar Pengawalan Nyamuk di tempat kerja

Replika nyamuk Aedes turut dipamerkan beserta bahan-bahan kempen yang lain

Dr. Ida Yanti bt Sofian,Pegawai Kesihatan ,MBSA sedang memberi penerangan

Tuan Mohtar Hani, Timbalan Datuk Bandar, En.Azhar Maludin(bersongkok), Dr.Roslan Hj Fadzil sedang menyampaikan sijil pada para peserta


http://www.mbsa.gov.my/seminarpengawalannyamuk

Friday, July 30, 2010

Syabas warns company against cutting water supply

Syabas warns company against cutting water supply
by Alyaa Alhadjri

Selangor EXCO (Housing, Building Management and Squtter) Iskandar Abdul Samad with SUHAKAM Commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah visit Taman Kinrara Puchong low cost apartment.
Selangor EXCO (Housing, Building Management and Squtter) Iskandar Abdul Samad with SUHAKAM Commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah visit Taman Kinrara Puchong low cost apartment.

KUALA LUMPUR (July 27, 2010):
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) has warned that it will not hesitate to take legal action against a building management company if it persists in cutting water supply to low-cost flats in Taman Kinrara.

“Only Syabas has the authority to cut water supply to any premises, and only for non-payment of water charges,” said its senior manager, southern region, Kelvin Siew.

“Any party found guilty of disrupting water supply to any premises can be charged under Section 125 of the Water Services Industry Act 2006,” he said.

He was responding to complaints from residents of the flats against their building management, Puchong Teamwork Corporation Sdn Bhd.

Residents said PTC had since December last year disrupted their water supply by tampering with the Syabas meters and cutting the pipes for alleged arrears in payments.

They claimed that PTC officers had engaged in acts of gangsterism when they wanted to collect payment.

The company charges each household RM48 a month for maintenance fees, but residents claimed some of them had to pay the company thousands of ringgit in arrears, plus interest.

Syabas today visited the affected residents, together with representatives from the National Water Services Commission (SPAN), Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) and Selangor executive councilor in charge of Housing, Building Management and Squatters, Iskandar Abdul Samad.

They were shown how several pipes connected to one water meter had been cut through.

“Previously, they also locked our water meters, and when we broke the lock, they tried other ways to cut our water supply,” said resident P. Rajendran.

Span head of enforcement Ashwar Aziz said a meeting will be called next week with representatives from PTC and the residents to find a solution to the problem.

Ashwar reminded PTC not to take action that is against the law.

“It does not matter if the residents have not paid their maintenance fees. PTC has no power to cut off the water supply,” he said.

Meanwhile, Iskandar said he would check with the Subang Jaya Municipal Council if similar complaints have been made against the company.

Updated: 08:05 pm
Tue, 27 Jul 2010

the Sun

Saturday, April 17, 2010

MESYUARAT MAJLIS KERJA BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB "PK SEK:7 COMMITTEE" 2009/2010

MESYUARAT MAJLIS KERJA

BADAN PENGURUSAN BERSAMA

“PK SEK: 7 COMMITTEE 2009/2010

1. MUKADIMAH

Badan Pengurusan Bersama “PK Sek: 7 Committee” adalah sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Akta 663 (Pengurusan & Penyelenggaraan Harta Bersama). Badan ini secara rasminya ditubuh pada 7 Mei 2008 dan dipengerusikan oleh Dato’ Haji Abdul Hanif iaitu wakil dari Pihak Pemaju PCM Bina Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh tersebut, pengurusan penyelenggaraan dijalankan oleh agen yang dilantik oleh pihak pemaju iaitu PSD MANAGEMENT SERVICES SDN BHD. Pada mesyuarat 17 Januari 2009, En. Hj Shahrir Bin Shahodin telah dilantik sebagai pengerusi baru menggantikan Dato’ Haji Abdul Hanif. Oleh kerana dipihak PSD MANAGEMENT SERVISES SDN BHD terdapat masalah kelemahan dari segi pengurusan maka pada 18 Januari 2009, JMB telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengambil alih pengurusan penyelenggaraan. Pada 1 Februari 2009 JMB secara rasminya mengambil alih urusan penyelenggaraan di pusat komersil seksyen 7. Pada 25 Julai 2009 Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan dan satu j/kuasa baru yang dipengerusi oleh En.Hj Shahrir Bin Shahodin telah dilantik .

2. PENYUSUNAN PENTADBIRAN

Mesyuarat Agung Pertama pada 25 julai 2009 lalu telah mengesahkan perlantikan A/jawatan kuasa baru untuk tahun 2009/2010

BIL

NAMA

JAWATAN

1.

HJ SHAHRIR BIN SHAHODIN

PENGERUSI

2.

MOHD RAZIB BIN MUSTAFA

SETIAUSAHA

3.

HJH FARIDAH BINTI MOHAMED ALI

BENDAHARI

4.

AZMINUDDIN BIN MOHD NAWAWI

AJK

5.

SAHARUDDIN BIN LIN

AJK

6.

ROSLAN BIN RAZALI

AJK

7.

NOORHAYATI BIN MUHAMAD

AJK

8.

NIK MOHD SANUSI BIN NIK

MUSTAPHA

AJK

9.

CHE ABD GHANI BIN CHE LAH

AJK

10.

DATO’ HJ ABDUL HANIF & PN

HALIMATON

WAKIL PEMAJU


3. MESYUARAT MAJLIS KERJA

Sepanjang tempoh 1 Ogos 2009 hingga 17 April 2010 A/Jawatan kuasa JMB telah bermesyuarat adalah seperti berikut:-

Ahli Jawatankuasa Baru 2009/2010


Mesyuarat AJK 1

09/08/2009

Mesyuarat AJK 2

03/10/2009

Mesyuarat AJK 3 (Bersama Pihak Restoran)

17/10/2009

Mesyuarat AJK 4

14/11/2009

Mesyuarat AJK 5

26/12/2009

Mesyuarat AJK 6 (Bersama Pihak Insuran)

09/01/2010

Mesyuarat AJK 7

24/01/2010

Mesyuarat AJK 8

27/01/2010

Mesyuarat AJK 9 (Bersama Pihak Peguam)

03/02/2010

Mesyuarat AJK 10

06/03/2010

Mesyuarat AJK 11

27/03/2010

Mesyuarat AGM ke-2

17/04/2010

Mesyuarat Agung: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI JMB


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada seluruh penduduk, pemilik unit pangsapuri dan kedai Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Syukur dengan izin Allah, dapat kita berkumpul hari ini bagi mengadakan Mesyuarat Agung ke-2 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang memberikan sepenuh kerjasama kepada warga kerja serta ahli jawatankuasa JMB bagi menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang penggal 2009/2010.

Sokongan dan kerjasama dari penduduk telah memudahkan pihak yang yang berkenaan untuk menjalankan tugas mereka bagi mengurus serta menyelenggara kawasan pusat komersil seksyen 7.

Penggal 2009/2010 juga menyaksikan beberapa seminar telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa JMB bagi memantapkan pemahaman tentang cara bagaimana untuk menguruskan dan mengendalikan pengurusan harta bersama mengikut Akta (663) yang dikendalikan oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Pihak Lembaga Perumahan Selangor.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Yaakub Sapari/Datin Norini dan En Rizal Mawi kerana sudi hadir untuk memberi sokongan kepada pihak kami. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan pada masa hadapan.

Jesteru itu sokongan dari penduduk, AJK dan warga kerja amat diperlukan bagi menjamin keharmonian serta kesejahteraan kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 ini. Bak kata pepatah “Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”.

Sekian, Terima Kasih.

HJ. Shahrir Bin Shahodin AMN

Pengerusi

JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”