Thursday, October 7, 2010

LAWATAN PIHAK INSPEN KE PEJABAT PENGURUSAN JMB


Pada 7 Oktober 2010, Pihak JMB telah dikunjungi oleh rombongan pihak Inspen (Institut Penilaian Negara) dengan kerjasama COB MBSA untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan operasi JMB.

Kehadiran:
Hampir 20 orang

Tajuk Taklimat:
Pendedahan kepada Pengalaman Operasi JMB


Taklimat disampaikan oleh:
Pengerusi JMB iaitu Hj Shahrir Bin Shahodin

Kakitangan Pihak Inspen

Taklimat disampaikan oleh Hj Shahrir Bin Shahodin selaku Pengerusi JMB Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
Jamuan Makan




Penyampaian Saguhati








Tuesday, October 5, 2010

Surau Pusat komersil Sekyen 7 dan kawasan sekitar ditenggelami air akibat perparitan yang tidak sempurna & banjir kilat







Surau ditenggelami air akibat banjir kilat (kejadian kali ke 2)

Hujan lebat yang melanda Jalan Plumbum T7/T, Seksyen 7 pada 4 Oktober 2010, menyebabkan sebuah surau yang belum diberi nama tengelam akibat banjir. Ini adalah kejadian kali ke 2 surau ini mengalami kejadian banjir.

Kali pertama adalah pada hari khamis 12 November 2009 mengakibatkan kerosakkan barang kelengkapan dalaman surau antaranya karpet, sejadah, telekung dan juga sistem audio.

Dipercayai banjir ini berpunca daripada projek I-City yang difahamkan mempunyai sistem perparitan yang tidak sempurna.

Kami berharap pihak yang berkaitan tampil menyelesaikan masalah ini, dan diharap kejadian tersebut tidak berulang lagi.

(untuk mengetahui kejadian banjir kali pertama di Pusat Komersil sila klik di sini.)

Monday, October 4, 2010

Jamuan Perayaan Aidilfitri bersama keluarga AJK & kakitangan Pengurusan

Jamuan diadakan pada 2 Oktober 2010 (sabtu) sempena meraikan perayaan Aidilfitri bersama kakitangan pihak pengurusan dan kakitangan JMB.

Ucapan Perasmian oleh En Rizal bin Mawi (COB). Di antara para tetamu jemputan yang hadir adalah pihak Pesuruhjaya Bangunan (MBSA) dan kakitangan Pihak Balai Polis Seksyen 7, Shah Alam serta ahli keluarga kakitangan pengurusan dan pihak AJK JMB.






Friday, September 17, 2010

Penubuhan JMB : Kerajaan Negeri Sediakan Garis Panduan

SHAH ALAM, 3 Februari – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abd Samad berkata kerajaan negeri telah menyediakan satu garis panduan dan rujukan khas yang lebih jelas berkaitan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di negeri ini.

Menurutnya, garis panduan baru yang berkuatkuasa serta-merta itu perlu bagi memastikan hak pembeli dilindungi berikutan kaedah kepada Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelengaraan dan Pengurusan) 2007 iaitu di bawah Akta 663 masih belum ada sehingga kini.

“Kerajaan negeri sebelum ini mendapat banyak aduan daripada pembeli-pembeli mengenai perlaksanaan mesyuarat pertama JMB yang dibuat pemaju yang tidak memberi hak secara telus kepada pembeli termasuklah menidakkan kepentingan mereka dalam urusan peyelenggaraan bangunan kediaman,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Prosiding Mesyuarat Pertama JMB Bagi Semua Kawasan Pemaju Strata Negeri Selangor di Bilik Mesyuarat Kekwa, Seksyen Sektoral, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini petang tadi.

Katanya, bagi memastikan pembeli tidak terus ditindas oleh pemaju, kerajaan negeri telah mewujudkan garis panduan yang lebih jelas mengenai prosiding mesyuarat pertama JMB melibatkan penyertaan pemilik rumah dan pemaju secara adil.

“Ia bagi melicinkan sebarang urusan berkaitan bangunan kediaman antara pemilik rumah dengan pemaju,” katanya.

Menurut Iskandar,sebanyak lima garis panduan yang perlu diikuti JMB untuk mengadakan mesyuarat.

“Lima kaedah yang ditetapkan ialah dari segi kaedah penyerahan notis kepada pemilik rumah; lantikan pengerusi; penetapan tarikh, masa dan tempat; tarikh akhir pembayaran caj dan wakil layak hadir,” katanya.

Menurutnya, bagi kaedah penetapan tarikh, masa dan tempat mesyuarat hendaklah diadakan pada hari tidak bekerja yang tidak jatuh pada atau selepas perayaan.

Jelas Iskandar lagi, kerajaan negeri juga akan menyediakan garis panduan lain di bawah akta sama dan dijadualkan siap dalam tempoh tiga bulan lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Iskandar berkata mana-mana pemaju yang masih gagal menubuhkan JMB di negeri ini akan didakwa.

Katanya, kegagalan itu boleh mengakibatkan pemaju dikenakan denda sehingga RM10,000. – MURIZA ABDUL HAMID

sumber : Selangor Kini


Wednesday, September 15, 2010

POLISI KAMI


  1. Menumpukan usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik.
  1. Perbelanjaan berhemah dan mengelakkan sebarang ketirisan dan pembaziran.
  1. Menjimatkan kos dan menjaga kualiti dalam semua aktiviti.
  1. Pengurusan dana lebihan untuk perbelanjaan akan datang.
  1. Mengamalkan perhubungan baik di kalangan anggota.
  1. Mengadakan mesyuarat agung tahunan setiap tahun.(diadakan setiap tahun pada bulan april)
7. Sentiasa berurusan dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan sebarang
khidmat nasihat dan saluran aduan demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

    Sunday, September 12, 2010

    Jenis Perkhidmatan

    KEPENTINGAN MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN

    Selaras dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (AKTA 663) JMB “PK Sek: 7 Committee” bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan pangsapuri tersebut walaupun setelah pangsapuri terjual dan diduduki penghuni.

    Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyenggaraan dan pengurusan bangunan (seksyen 23, Akta 663).

    Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyenggaraan, JMB melalui AJK (JMC) hendaklah memberikan notis 14 hari untuk pembeli membayar caj tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, JMB perlu mengemukakan notis 14 hari sekali lagi menuntut bayaran tersebut. Selepas tempoh yang diberikan, pembeli masih gagl atau enggan membayar caj penyenggaraan yang tertunggak, JMB boleh meneruskan prosiding mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut. (seksyen 32(b), Akta 663)

    Jenis-jenis perkhidmatan:-

    1. Mengutip wang yuran penyelenggaraan;
    2. Membayar bil-bil elektrik lampu tangga;
    3. Membayar cukai tanah setiap pemilik unit untuk keseluruhan 12 blok;
    4. Memperbaharui insuran kebakaran bangunan(fire insurance) setiap pemilik unit untuk keseluruhan 12 blok; dan
    5. Membaiki kerosakn-kerosakan ke atas harta hakgunasama (common area) seperti:-
    • Saluran air hujan
    • Antenna MATV (Master TV Antenna Television) & Booster
    • Tangki air utama
    • Tangga
    • Tong/rumah sampah
    • Longkang
    • Talang air hujan
    • Saluran najis
    • Saluran air buangan
    • Bumbung
    • Kebersihan tangga & koridor
    • Lain-lain yang berkaitan
    #NOTA PENTING:-
    Jika anda mengalami sebarang masalah berkaitan kebocoran dan kerosakan mekanikal atau elektrikal di dalam unit dan masih mempunyai ‘warranty’, anda diminta untuk segera menghubungi pihak pemaju.

    Pihak Pengurusan tidak menanggung segala kecacatan atau kerosakan dalaman unit.
    Sekiranya anda ingin tahu tugas & tanggungjawab pihak JMB, sila klik---> di sini.

    Anda juga boleh klik pautan---> di sini untuk mengetahui aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pihak pengurusan.

    Sekian, Terima kasih.

    Monday, September 6, 2010

    Tugas & Tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama