Saturday, July 19, 2014

KERJA KERJA MENAMPAL JUBIN TANGGA YANG TERTANGGAL

Kerja-kerja pembaikan jubin tangga yang tertanggal dijalankan pada 19 Julai 2015. Keseluruhan 12 blok telah diperiksa dan kerja-kerja segera dijalankan oleh penyelenggara bangunan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan. Diharap kerjasama pihak penghuni dan penduduk agar dapat memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya kelihatan jubin tertanggal atau pecah.







Thursday, July 17, 2014

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BLOK L, M DAN N

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera khasnya kepada Pemilik dan penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Untuk makluman semua, pada hari ini bermula seawal waktu 9 pagi pihak kontraktor pembersihan telah melakukan kerja-kerja pembersihan di blok L, M dan N. Kerja yang dilakukan adalah pembersihan sawang dan mengemop keseluruhan kawasan tangga bangunan.






Diharap semua pemilik dan penduduk dapat bersama-sama menjaga kebersihan.

Sekian.


Saturday, July 12, 2014

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor

Pihak Pengurusan telah mendapat aduan pada 11 Julai 2014 dari penghuni berhampiran berkenaan terdapat paip bocor berhampiran mesin air / vending machine di blok H.



Hasil siasatan pihak penyelenggara pada hari yang sama mendapati bahawa terdapat kebocoran sebelum meter syabas milik unit rumah Y3/26-B dan Y3/26-B. Pihak Pengurusan dan penyelenggara mengucapkan penghargaan terima kasih kepada penghuni yang perihatin tersebut.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit Y2/26-B (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 3039134

2. Meter Syabas unit Y3/26-B (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 3039140

Pada 12 Julai 2014 pula, Pihak Penyelenggara bertugas iaitu En Huzairi bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter Syabas.

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada hari yang sama untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit AA2/50-A (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 143039808

2. Meter Syabas unit AA4/48-B (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 143039810

Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam. 

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

Friday, July 11, 2014

MENUKAR MENTOL (BULB) LAMPU DI KAWASAN TANGGA SEMUA BLOK

Tarikh : 11 Julai 2015

Kerja-kerja menukar mentol lampu dari lampu biasa (kalimantan) kepada mentol jimat tenaga(energy saving) telah dijalankan bertujuan agar pihak pengurusan dapat melakukan penjimatan. dalam pembayaran bulanan bil elektrik dikawasan awam terutamanya di kawasan tangga.

Sebahagian gambar dilampirkan sebagai rujukan.





Monday, July 7, 2014

KERJA-KERJA MENGECAT RAILING TANGGA

Kerja-kerja mengecat railing tangga yang kini telah kelihatan kusam dan berkarat dilakukan secara berjadual dan berperingkat di sekitar blok-blok Pusat Komersil Seksyen 7 mulai pada 7 Julai 2014.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.







Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435

Assalamualaikum wbt..

Umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2014) pada 29 Jun ini.


Di kesempatan ini, pihak Pengurusan JMB Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ingin mengucapkan, selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekalian.


Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual dan Tekanan Air Rendah di Lima Wilayah Akibat Pengurangan Bekalan Air Terawat: Beberapa Kawasan Terlibat Beransur Pulih

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual dan Tekanan Air Rendah di Lima Wilayah Akibat Pengurangan Bekalan Air Terawat: Beberapa Kawasan Terlibat Beransur Pulih


SIARAN SEGERA (Makluman 2)                                                                               
27 JUN 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat berikutan jumlah pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan pengguna.

Kejadian yang melibatkan terputusnya bekalan air dan tekanan air rendah yang berlaku di beberapa kawasan di wilayah Gombak, Klang/Shah Alam, Petaling, dan Kuala Lumpur sejak 25 Jun 2014 lalu adalah disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah di Sungai Selangor.

Adalah dimaklumkan paras aliran air di Sungai Selangor telah bertambah baik dan LRA SSP3 telah mula beroperasi seperti biasa pada jam 3.00 pagi, 26 Jun 2014. Dengan itu, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, beberapa kawasan di wilayah-wilayah terlibat telah mula menunjukkan pemulihan bekalan air masing-masing secara berperingkat dengan secara keseluruhannya Wilayah Petaling telah mencatatkan pemulihan sebanyak 90 peratus, Wilayah Gombak sebanyak 83.5 peratus, Wilayah Klang/Shah Alam sebanyak 77.5 peratus dan Wilayah Kuala Lumpur pula mencatatkan pemulihan sebanyak 50 peratus.

Oleh demikian, pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan berkenaan amat bergantung kepada tahap pengeluaran air semasa loji rawatan tersebut bagi menampung permintaan air dari pengguna.

Bagi Wilayah Hulu Langat, kejadian terputus bekalan air dan tekanan air rendah yang berlaku sejak 17 Jun 2014 masih belum pulih disebabkan bekalan air terawat dari LRA Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat masing-masing di bawah kendalian Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) tidak dapat dipertingkatkan lagi dan bagi menampung permintaan air di kawasan terlibat. Ini kerana kedua-dua loji rawatan ini telah beroperasi di tahap maksimum serta melebihi kapasiti rekabentuk (overload).

Untuk makluman, walaupun kebanyakan kawasan di kelima-lima wilayah terlibat telah menunjukkan pemulihan secara berperingkat dan memberangsangkan, pihak SYABAS akan terus memantau situasi termasuklah menyediakan bantuan bekalan air kecemasan menerusi lori-lori tangki dan tangki-tangki air statik kepada pengguna-pengguna yang terlibat dengan keutamaan bantuan ini akan diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital, kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kenduri atau kematian.

Pihak SYABAS juga ingin merujuk kepada aduan-aduan pengguna yang turut menyatakan bahawa tiada sebarang notis awal yang diberikan kepada mereka untuk sebarang persiapan. Untuk makluman, situasi yang berlaku ini merupakan kejadian gangguan bekalan air tidak berjadual, yang biasanya disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dapat dijangkakan dan berlaku secara tiba-tiba seperti kes-kes paip pecah, pencemaran sumber air mentah atau lain-lain sebabnya. Oleh sebab itu, tiada notis awal dapat dikeluarkan kepada pengguna yang terlibat.

Dalam pada itu, SYABAS ingin menyangkal dakwaan yang menyatakan catuan bekalan air pada masa ini sedang berlaku dan sekaligus menyusahkan pengguna khususnya dalam menghadapi bulan Ramadhan. Untuk makluman,gangguan bekalan air yang berlaku ini bukanlah catuan bekalan air seperti yang didakwa. Ianya adalah disebabkan pengurangan pengeluaran bekalan air terawat yang dihadapi oleh operator loji rawatan air yang terlibat disebabkan berlakunya pengurangan paras aliran air sungai.

SYABAS akan terus memaklumkan status terkini dari masa ke semasa dan para pengguna juga digalakkan untuk melayarai laman web SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan info dan senarai kawasan terlibat.

Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air  diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

-tamat-

PRISCILLA ALFRED
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

** SYABAS menyarankan pengguna yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.